Michael Carrick kecewa dengan rekod tanpa kalah 17 perlawanan Manchester United lebur selepas tewas 2-1 kepada Hull City di sebalik kemaraan mereka ke perlawanan akhir Piala Liga Inggeris (EFL).
Untuk itu, United bakal berdepan Southampton di Wembley pada 26 Februari nanti selepas memenangi saingan separuh akhir menerusi agregat 3-2 dan membuktikan betapa pentingnya Juan Mata dan Marouane Fellaini dalam pertemuan pertama.
Tom Huddlestone membuka tirai gol perlawanan melalui sepakan penalti sebelum Paul Pogba mengikat kedudukan pada separuh masa pertama. Bagaimanapun, jaringan lewat Oumar Niasse memberi kemenangan buat Hull.
Carrick mengakui United gagal menjelmakan permainan terbaik mereka meskipun Jose Mourinho menurunkan barisan terkuatnya yang turut mempertaruhkan Pogba dan Zlatan Ibrahimovic.
"Kami tidak berasa lega," kata Carrick kepada Sky Sports.
"Kami kecewa dengan corak permainan dan kekalahan kami.
"Perasaan saya bercampur-baur. Kami mahu memenangi perlawanan dan meneruskan rentak tapi langsung tidak bermain baik.
"Kami gembira layak ke final."
"Kami tidak percaya bahawa kami akan mara (selepas pertemuan pertama). Kami memang menjangkakan satu pertemuan yang sengit dan kami gagal bermain dengan baik atas beberapa sebab.
"Kami tidak suka dengan kekalahan dan ditewaskan, namun kami boleh mengambil iktibar daripada perlawanan ini dan gembira dapat mara.
"Kami akan menghadapi perlawanan Piala FA pada Ahad nanti (menentang Wigan Athletic). Kami perlu bersedia dan mengintai aksi perlawanan akhir.
"Ia perkara penting kerana kami mempunyai banyak peluang untuk memenangi sesuatu."
Pogba kini menyumbat gol ketujuhnya musim ini dengan hanya Ibrahimovic menjadi penjaring prolifik buat United. Carrick berasakan jaringan penyamaan pemain Perancis itu akan menjadi kunci utama.
"Ia jaringan penting buat kami di peringkat ini untuk meletakkan kami dalam posisi hebat," kata Carrick lagi.
"Adalah bagus Paul dapat menjaringkan gol dan harap-harap dia mampu menjaringkan beberapa gol lagi."