Skip to main content

Bola Sepak

Campbell: Lukaku perlu tingkatkan keupayaannya di United

lukaku-100717.jpg
Bekas penyerang Everton, Kevein Campbell, percaya Romelu Lukaku perlu meningkatkan kualitinya apabila menyertai Manchester United menjelang musim baru Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pemain Belgium itu dijangka melengkapkan perpindahannya ke Old Trafford selepas skuad The Red Devils mengesahkan yuran perpindahan bernilai GBP75 juta (RM415 juta) telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

Lukaku, yang menjalani ujian kesihatan di Los Angeles semalam, telah menjaringkan 87 gol hasil daripada 166 penampilan buat Everton setelah meninggalkan Chelsea pada tahun 2014.

Campbell, yang bermain di Goodison Park selama enam tahun, yakin Lukaku pemain yang sesuai dengan corak permainan United, namun percaya pengendali, Jose Mourinho, pasti akan menuntut aksi yang terbaik daripadanya.

“Kemampuannya sangat sesuai dengan corak permainan serta pemain-pemain di Manchester United,” kata Campbell.

“Dia seorang yang pantas serta kuat dan itu dapat dilihat setiap kali dia menjaringkan gol.

“Apabila anda menyertai pasukan seperti United, banyak perkara yang perlu dipertingkatkan dan saya yakin Lukaku akan dapat melakukannya,” ujarnya.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video