Calon yang bertanding jawatan presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam kongres persatuan itu bulan depan, wajar menjelaskan wawasan mereka bagi membolehkan ahli gabungan membuat pilihan terbaik.
Demikian pandangan yang dilontarkan Presiden Persatuan Pemain Profesional Malaysia (PFAM), Hairuddin Omar.
Katanya, kewujudan lebih daripada dua pencalonan untuk jawatan presiden setakat ini adalah satu petanda positif kerana terdapat ramai tokoh yang sedia tampil memimpin FAM.
"Sebaiknya setiap calon ini memberi wawasan mereka supaya ahli gabungan lebih jelas ke mana hala tuju bola sepak Malaysia."
Bagi bekas penyerang kebangsaan ini, FAM memerlukan pemimpin yang berani melakukan perubahan bagi memberi nafas baru kepada bola sepak negara.
Selaku Presiden PFAM, Hairuddin berasa pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, adalah calon yang sesuai sebagai presiden kerana dianggap sebagai seorang yang sentiasa menitikberatkan kebajikan pemain.
"Kalau melihat kepada apa yang dilakukan Tunku Ismail di Johor, dengan pencapaian JDT yang membanggakan, pemain-pemain dijaga dengan baik, saya pasti jika Tunku Ismail dipilih, pemain negara turut dijaga dengan baik," tambahnya.
Selain Tunku Ismail, calon lain adalah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin; bekas presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, dan Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM, Tan Sri Aseh Che Mat.