PIALA DUNIA

Cahill akan bincang masa depan dengan Southgate

Stadium Astro
Penulis Jemputan
12/07/2018
22:52 MYT
Sponsor Banner
Cahill akan bincang masa depan dengan Southgate
Pertahanan England, Gary Cahill, mberancang untuk berbincang dengan pengurus pasukan, Gareth Southgate, mengenai masa depannya dalam skuad kebangsaan.
Cahill hanya tampil sekali dalam Piala Dunia Russia untuk The Three Lions, dengan bermain selama 90 minit ketika tewas kepada Belgium dalam aksi terakhir peringkat kumpulan.
Pemain berusia 32 tahun itu, yang telah tampil dalam 62 perlawanan untuk pasukan, terkejut terpilih oleh Southgate ke Russia walaupun kurang beraksi untuk Chelsea musim lalu.
"Saya akan berbincang dengan Southgate mengenai masa depan saya dalam saingan bola sepak antarabangsa," katanya.
"Tetapi saya sedia untuk bersara daripada arena antarabangsa kerana menyedari kebarangkalian bilangan perlawanan yang bakal saya sertai."
Topic Berkaitan
Must-Watch Video