Skip to main content

Bola Sepak

Cabaran baru buat Fletcher

fletcher-060517_1.jpg
Kapten Scotland, Darren Fletcher, bersetuju untuk menyertai Stoke City sebaik sahaja kontraknya bersama West Bromwich Albion tamat pada hujung bulan ini.

Pemain tengah berusia 33 tahun itu, yang menyertai West Brom pada Februari 2015, melakukan 91 penampilan di bawah kendalian bekas jurulatih Stoke, Tony Pulis, yang turut memberikan lilitan ketua pasukan kepadanya.

Bekas pemain Manchester United itu pernah memenangi lima kejuaraan liga, dua Piala EFL, meraih Piala FA sekali, menjuarai Liga Juara-Juara Eropah pada musim 2007-08 dan Piala Dunia Kelab 2008 ketika bersama skuad The Red Devils.

“Ini adalah pasukan yang hebat dengan pengurus yang bagus serta kelompok pemain yang baik, jadi saya tidak sabar untuk menggunakan peluang ini,” kata Fletcher.

“Setiap detik bersama United dan West Brom adalah sesuatu yang tidak ternilai, tetapi kini telah tiba masa untuk saya menghadapi cabaran baru,” katanya.

Pengurus Stoke, Mark Hughes, gembira dengan kehadiran Fletcher selepas sekadar menamatkan musim 2016-17 di tangga ke-13 liga.

“Darren adalah salah satu pemain yang sudah lama saya minat dan saya gembira dengan kehadirannya di sini,” ujar Hughes.

Advertisement

Must Watch Video