Skip to main content

Bola Sepak

Busquets alami kecederaan ligamen -- Enrique

busquets-injury-less-severe-than-feared-luis-enrique.jpg

Barcelona mengesahkan pemain tengah, Sergio Busquets, mengalami kecederaan ligamen ketika saingan LaLiga berdepan Eibar.

Kelab berpangkalan di Catalunya itu menamatkan perlawanan dengan kemenangan 4-0 di tempat lawan.

Busquets diusung keluar seawal minit ke-10 berikutan terjahan keras oleh Gonzalo Escalante.

Ketika berlangsungnya separuh masa kedua di Ipurua itu, Barcelona memuat naik tweet mengatakan bahawa pemain Sepanyol itu mengalami kecederaan ligamen di pergelangan kaki kanan.

Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut pada Isnin mendapati kecederaan pemain berusia 28 tahun itu tidak seteruk seperti disangkakan.

"Kecederaan Busquets tidak seteruk yang kami sangkakan.

"Pada masa sama, saya memiliki pemain seperti Sergi Roberto, Ivan Rakitic dan Javier Mascherano yang mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan Busquets.

"Rakitic dan Arda mampu mengisi slot itu, bagaimanapun mereka menyumbang aspek berlainan berbanding Busquets."

Kemenangan besar ke atas Eibar menyaksikan Lionel Messi meledak gol ke-28 musim ini, dengan Luis Suarez melakar gol ke-19, namun Enrique berpendapat kemenangan ke atas Eibar tidak harus dijadikan ukuran.

"Setiap kali kami bertandang ke Ipurua, keputusan akan menyebelahi kami walaupun kadang kala Eibar dilihat mampu memberi cabaran."

Advertisement

Must Watch Video