Skip to main content

Bola Sepak

Busquets akui kehebatan Casemiro

casemiro-070717.jpg
Secara tradisinya, tiada hubungan mesra di antara pemain tengah Barcelona, Sergio Busquets, dan Real Madrid, begitupun dia mengakui tonggak seteru El Clasico itu, Casemiro, merupakan antara yang terbaik di posisi itu. 

Pemain tengah Brazil itu memainkan peranan utama dalam kejayaan berganda Madrid dalam saingan LaLiga dan Liga Juara-Juara Eropah musim lalu, apabila bekerja keras untuk membolehkan bintang kreatif yang lain untuk menyerlah. 

Tugas itu cukup sinonim dengan Busquets dan Casemiro pantas muncul dalam fikirannya mengenai siapakah lima pemain terbaik dalam dunia yang difikirkan memainkan peranan yang sama dengannya. 

"Terdapat ramai pemain tengah yang hebat dan setiap seorang mempunyai gaya masing-masing. Tidak ada dua pemain yang sama," katanya kepada sc.qa dalam lawatannya ke Akademi Qatar Aspire.

"Saya akan menamakan Casemiro dalam posisi saya, dia bermain dengan cemerlang, begitu juga dengan Bruno di Villareal. 

"Chelsea mengharungi musim hebat dengan N'Golo Kante dan Nemanja Matic. 

"Terdapat ramai pemain, termasuk Ander Herrera di Manchester United, namun sukar untuk hanya memilih lima pemain kerana setiap pemain adalah berbeza."

Busquets dan Casemiro tidak perlu menunggu lama untuk pertemuan kompetitif mereka pada musim baru ini dengan Madrid dan Barca akan berdepan dalam perlawanan Supercopa Espana secara timbal balik pada 12 dan 15 Ogos depan. 
 

Advertisement

Must Watch Video