Kekalahan memalukan 0-4 kepada PKNS FC sebelum seri 1-1 dengan Kedah, minggu lalu, jelas mengundang kegusaran penyokong setia Sang Penyu.
Memenangi aksi 'derby' Pantai Timur bertemu Kelantan, malam tadi, menjadi satu-satunya pilihan Terengganu FC (TFC) untuk meredakan tekanan buat Irfan Bakti Abu Salim yang belum mengalah merebut kedudukan dua teratas Liga Super.
Begitupun, pengendali TFC itu berkata awal permainan berlangsung seimbang walaupun mengakui TFC sepatutnya 'menamatkan' perlawanan lebih awal dengan deretan peluang terhidang.
"Sepatutnya kami boleh menang dengan lima atau enam gol lagi kerana saya sudah menjangkakan Kelantan akan keletihan selepas 30 minit.
"Apa yang penting, TFC menang malam ini (semalam) dan kami akan berjuang habis-habisan dalam aksi terakhir nanti," ujarnya.
Mengulas lebih lanjut perlawanan itu, Irfan menjelaskan kecederaan yang dialami beberapa pemain memaksanya merombak kesebelasan utama, termasuk dua penjaga gol utama TFC.
Antara yang tercedera ialah Mohd Suffian Rahman (buku lali) dan Wan Azraie Wan Teh (demam) manakala Abdul Malik Mat Ariff juga dikesan mengalami kecederaan tulang rusuk.
Irfan turut menyentuh prestasi Kelantan yang tersingkir ke Liga Perdana, musim depan, dengan menganggap barisan muda The Red Warriors itu memiliki masa depan cerah untuk menjulang pasukan itu.
"Nombor 33 (Nik Akif Syahiran Nik Mat), nombor 34 (Muhammad Danial Haqim) serta nombor 37 (Muhammad Danish Ashraf) ialah pemain muda dengan teknik yang baik.
"Secara peribadi, saya berpendapat sekiranya mereka berjaya mendapatkan awang import berkualiti, Kelantan mampu mencabar pasukan lain," tambahnya.