Skip to main content

Bola Sepak

Burnley buktikan ramalan Guardiola benar

sterling_5.jpg
BURNLEY 1 MANCHESTER CITY 1

Manchester City hampir merakamkan kemenangan sehinggalah gol Johann Gudmundsson muncul dengan gol penyamaan pada minit ke-83 untuk meraih satu mata, malam ini.

Selepas aksi di Turf Moor itu, City kini berkelebihan 16 mata, dengan lapan kemenangan lagi diperlukan untuk meraih gelaran ketiga liga biarpun anak buah Sean Dyche memberi ancaman hebat. 

Benteng Burnley gagal mematahkan rembatan deras Danilo untuk memberikan The Citizens pendahuluan pada pertengahan babak pertama, namun kegagalan City menokok gol yang menyaksikan Raheem Sterling terlepas dua peluang terbuka di depan gol, akhirnya membawa padah. 

Selepas percubaan Aaron Lennon ditepis Ederson lalu menggegar tiang, Burnley berjaya mempertahankan kedudukan sebelum Gudmundsson tenang menyempurnakan peluang, sekali gus menafikan kemenangan City buat kali keempat musim ini. 







 

Advertisement

Must Watch Video