Skip to main content

Bola Sepak

Buffon: Mara ke final tidak akan bermakna jika kami tidak julang trofi UCL

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

10517buffon.jpg
Gianluigi Buffon sekali lagi menghampiri "impiannya" selepas Juventus mara ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara (UCL) dalam tempoh tiga tahun.

Buffon tewas dalam dua aksi final (UCL) bersama Juve, pada 2003 dan 2015, tetapi legenda Itali itu akan mencuba buat kali ketiga selepas penyandang juara Serie A itu menewaskan Monaco 4-1 menerusi agregat di Stadium Juventus, awal pagi tadi.

Juve mara ke final 1998, namun tewas kepada Real Madrid. Mereka dilihat sekali lagi akan bertemu apabila Real memiliki kelebihan tiga gol menjelang aksi timbal balik berdepan Atletico Madrid.

Buffon dan Juve masih belum tewas sepanjang kejohanan musim ini tetapi mara ke final tidak akan bermakna jika The Bianconeri gagal melakar kejuaraan buat kali ketiga.

"Ia merupakan perlawanan yang sukar, termasuk ketika kami meraih kemenangan 2-0. Jika kami mengambil mudah perlawanan ini, kami mungkin berada di dalam keadaan bahaya," kata Buffon.

"Kami turun dengan mentaliti yang tepat dan berjaya mengatasi lawan kami.

"Kami mara ke final tetapi beraksi di Cardiff tidak akan memberi apa-apa makna jika tidak menjulang gelaran UCL.

"Saya sangat gembira kerana kami bermain dengan baik. Tanpa rakan sepasukan saya, saya mungkin tidak akan kembali ke pentas akhir.

"Dua tahun lalu, setiap orang mengandaikan ia merupakan final UCL terakhir saya, dan saya juga menjangkakan perkara yang sama tetapi anda perlu terus mempercayai impian anda."

Advertisement

Must Watch Video