Penjaga gol Juventus, Gianluigi Buffon, meramalkan musim yang sukar menanti pasukannya dalam saingan Serie A musim depan selepas melihat peningkatan AC Milan, AS Roma, Inter Milan dan Napoli.
Juventus kini sedang melakukan persiapan untuk mempertahankan kejuaraan liga yang dimenangi enam tahun berturut-turut sebelum ini.
AC Milan muncul sebagai antara pencabar utama selepas mendapatkan bekas pertahanan Juventus, Leonardo Bonucci, serta beberapa pemain seperti Lucas Biglia, Andre Silva, Hakan Calhanoglu, Andrea Conti, Ricardo Rodriguez, Mateo Musacchio, Franck Kessie dan Fabio Borini.
Rick Karsdorp, Cengiz Under, Aleksandar Kolarov, Maxime Gonalons, Lorenzo Pellegrini dan Hector Moreno pula merupakan antara muka baru buat AS Roma dan Napoli dilihat berjaya mengekalkan skuad yang menduduki tangga ketiga musim lalu.
Perkembangan itu membuatkan Buffon memandang serius cabaran pasukan lain, namun dalam masa sama optimis dengan kemampuan skuad Bianconeri.
“Musim depan akan menjadi lebih sukar kerana banyak pasukan semakin kuat, terutama Roma, Inter dan AC Milan manakala Napoli kekal dengan pemain utamanya,” kata Buffon.
“Juve tetap yakin dengan kemampuan kami dan mampu untuk memberikan saingan terbaik,” tambahnya.
Juventus turut menambah kekuatan apabila membawa masuk beberapa muka baru seperti Federico Bernardeschi, Douglas Costa, Wojciech Szczesny, Mattia De Sciglio dan Rodrigo Bentancur serta mendapatkan khidmat Juan Cuadrado dan Medhi Benatia secara tetap.