Skip to main content

Bola Sepak

Buffon: Buat apa yang kamu suka, Gigio

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

donnarumma-010717.jpg
Ketua pasukan Juventus, Gianluigi Buffon, telah berbincang dengan Gianluigi 'Gigio' Donnarumma dan mahu penjaga gol muda itu melakukan apa sahaja yang menggembirakan dirinya sendiri.

Donnarumma sebelum ini telah mengesahkan tidak akan menandatangani kontrak baru bersama AC Milan, sekaligus menyaksikan skuad Rossoneri bakal kehilangan khidmatnya secara percuma pada penghujung musim depan.

Tindakan ejennya, Mino Raiola, yang mengeluarkan komen tentang keputusan penjaga gol berusia 18 tahun itu telah menimbulkan spekulasi Donnarumma bakal meninggalkan Milan musim panas ini.

Bagi Buffon, apa yang penting adalah Donnarumma perlu gembira dengan setiap pasukan yang menjadi majikannya.

“Saya tidak memberikan nasihat kerana saya juga sering melakukan kesilapan,” ujar Buffon.

“Kami ada berbual selama 15 minit tetapi saya tidak boleh mendedahkan apa yang kami perkatakan.

“Saya tidak mempunyai apa-apa masalah jika dia kekal di Milan tetapi saya memberitahunya agar melakukan sesuatu yang menggembirakan dirinya,” tambah Buffon.

Donnarumma yang membuat penampilan sulung dalam saingan Serie A sewaktu berusia 16 tahun telah beraksi dalam kesemua 38 perlawanan domestik musim lalu.

Advertisement

Must Watch Video