PORTUGAL 0 (0) CHILE 0 (3)
Penjaga gol Chile, Claudio Bravo, berkata dia tidak dapat mempamerkan aksi terbaiknya dalam separuh akhir Piala Konfederasi berdepan Portugal meskipun membantu pasukan itu melakar kemenangan 3-0 menerusi penentuan sepakan penalti.
Bravo muncul wira apabila menyelamatkan tiga sepakan Portugal ketika penentuan sepakan penalti selepas perlawanan terikat seri tanpa jaringan lalu membawa pasukannya ke final selepas Arturo Vidal, Charles Aranguiz dan Alexis Sanchez berjaya menyempurnakan sepakan masing-masing.
Walaupun menyelamatkan gawang daripada percubaan Ricardo Quaresma, Joao Moutinho dan Nani, penjaga gol Manchester City itu -- yang tiba di Russia dengan kecederaan paha -- mendedahkan dia masih bergelut dengan kecederaan.
"Saya mengalami kecederaan, jadi saya tidak beraksi dengan baik.
"Tetapi saya cuba mengekalkan ketenangan, apatah lagi perlawanan ini cukup istimewa buat kami. Kemampuan kami untuk mara ke final cukup penting, ini membuktikan kami sedang berada di tahap terbaik. Kami gembira bakal beraksi dalam final.
"Bagi saya, kemenangan ini bukan bergantung kepada nasib. Kami telah bekerja keras. Saya telah mengkaji sepakan penalti setiap pemain. Kami agak letih di hujung perlawanan, jadi penting untuk kami bermain dengan bijak.
"Sudah tentu kami gembira kerana kami berjaya menewaskan juara Euro 2016.
"Portugal mendapat banyak peluang untuk membuat jaringan. Bagi saya, persembahan kedua-dua pasukan amat seimbang.
"Rahsia kemenangan kami? Kami tidak pernah berputus asa dan sering mempercayai kemampuan masing-masing. Kami masih perlu memenangi satu perlawanan lagi."