Skip to main content

Bola Sepak

Bosz sedia sahut cabaran baru bersama Dortmund

peter-bosz-070617.jpg
Peter Bosz bertekad mengangkat Borussia Dortmund dalam kelompok 10 pasukan gergasi dunia selepas diperkenalkan secara rasmi sebagai jurulatih kelab itu. 

Pengurus berusia 53 tahun itu memeterai kontrak selama dua tahun di Signal Iduna Park bagi menggantikan Thomas Tuchel.

Dortmund menamatkan saingan musim lalu di tangga ketiga dengan menjulang Piala DFB-Pokal manakala Bosz membantu Ajax meraih tangga kedua kancah Eredivisie dan muncul finalis Liga Europa. 

Dia gembira dapat membimbing kelab Jerman itu yang sentiasa menghadirkan suasana sambutan luar biasa. 

"Dortmund dalam kalangan 10 kelab terbesar di dunia," katanya. "Saya tidak sabar untuk sambutan "Tembok Kuning".

"Saya percaya ini adalah langkah terbaik buat saya selepas bercakap dengan (Ketua Pegawai Eksekutif) Joachim Watzke dan (Pengarah Sukan) Michael Zorc. Kami mampu bekerjasama.

"Saya mengikuti Bundesliga sejak kecil lagi kerana tinggal berdekatan sempadan negara. Saya juga beruntung kerana pernah beraksi di sini juga (bersama Hansa Rostock). 

"Pada pendapat saya, Bundesliga merupakan antara pertandingan terbaik di dunia dan saya sudah tidak sabar lagi. 

Selepas hanya semusim membimbing Ajax, Bosz menambah: "Banyak pencapaian yang kami lakukan di Belanda. Tetapi, saya fokus kepada Dortmund, bukan perkara yang sudah berlalu. Saya memandang masa depan. 

"Saya sedih meninggalkan Ajax. Pemain berbakat dan hebat, kerjasama kami begitu baik sekali. Jadi, ia menyakitkan, namun inilah bola sepak."
 

Advertisement

Must Watch Video