Pemain tengah Bosnia-Herzegovina, Miralem Pjanic, mengakui pasukannya bernasib baik dapat meninggalkan Belfast dengan kemenangan 2-1 ke atas Ireland Utara dalam saingan Liga Negara-Negara UEFA, awal pagi tadi.
Bekas tonggak Real Madrid dan Barcelona, Robert Prosinecki, meraih kemenangan dalam aksi pertamanya mengendalikan Bosnia-Herzegovina tatkala pasukannya hanya menyerlahkan 32 peratus kawalan bola dan lima percubaan ke arah pintu gol lawan.
Haris Duljevic dan Elvis Saric menghukum kealpaan Ireland Utara dengan jaringan dalam setiap babak, namun Pjanic mengakui skuad bimbingan Prosinecki itu bernasib baik mendapatkan tiga mata.
"Kami bernasib baik. Ireland Utara beraksi dengan baik," ujar Pjanic.
"Lawan meletakkan kami dalam situasi sukar kerana mengamalkan corak hantaran jauh dan menggunakan kelebihan fizikal. Bagi kami, ia mungkin bukan perkara paling mudah kerana lebih gemar memainkan bola rendah. Sukar untuk berdepan pasukan begini.
"Saya rasa mungkin kami juga beraksi lebih baik tetapi Bosnia-Herzegovina bijak menjaringkan gol dua kali. Kami bertahan dengan baik tetapi terdapat beberapa perkara yang perlu diperbaiki apabila menyerang.
"Bagi kami, penting untuk memulakan saingan dengan kemenangan dan kami berharap dapat mengulangi kemenangan dalam aksi berdepan Austria selepas ini," tambahnya.
Ireland Utara, yang mengawal hampir keseluruhan permainan sewaktu berdepan Bosnia-Herzegovina di Windsor Park, mendapatkan gol pada saat-saat akhir menerusi Will Grigg.
Mereka ketinggalan 2-0 selepas gagal mengekang larian Duljevic untuk menyempurnakan hantaran lintang Edin Dzeko sebelum Saric menggunakan kesempatan hasil daripada kekalutan Craig Cathcart dan Bailey Peacock-Farrell.
"Saya memberitahu pemain-pemain bahawa kami beraksi dengan sedikit teruk dan menang," kata pengendali Ireland Utara, Michael O'Neill.
"Untuk mendapatkan satu tahap dominasi dan kawalan permainan seperti dalam perlawanan ini, ia sesuatu yang hebat. Ia juga memberikan banyak pengajaran kerana saya rasa ia membuktikan bahawa anda boleh dihukum di pentas bola sepak antarabangsa.
"Kami tidak sepatutnya melepaskan gol pertama dan seharusnya berada di depan, selepas itu.
"Kemudian, gol kedua menyusul dan ia memberi tamparan kepada kami."