Skip to main content

Bola Sepak

The Bos Gaurus tekad baiki mentaliti kemenangan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

shahrom-kalam-240517.jpg
Ketua pasukan Perak, Shahrom Kalam, menggesa agar semangat memburu kemenangan menjadi azimat buat Perak menjelang pertembungan dengan Sarawak dalam aksi Liga Super, malam ini.

Beraksi sambil lewa dengan pihak lawan memberi kerugian kepada skuad Mehmet Durakovic, akhir-akhir ini.

Justeru, hal itu mahu segera diatasi Shahrom dengan menegaska, hanya mentaliti yang kuat mampu menghadirkan kemenangan, apatah lagi aksi itu berlangsung di depan penyokong sendiri.

"Itu kelemahan yang perlu diperbaiki.

"Bagi saya, kalau pasukan tidak membuat jaringan tetapi sebaliknya melepaskan gol, itu satu kerugian.

"Kami perlu menjaringkan gol dan mendapatkan kemenangan. Itu yang perlu ada dalam pasukan," katanya,

Tonggak Harimau Malaya itu turut mengharapkan aksi seimbang keseluruhan pasukan sambil mengingatkan sebarang kesilapan kecil mampu membuat The Bos Gaurus menggigit jari.

Berhadapan skuad Bujang Senang, Perak perlu berhati-hati berikutan pasukan itu memiliki rekod baik setiap kali berhadapan dengan pasukan besar sebelum ini.

"Apabila berhadapan dengan sebuah pasukan yang baik, Sarawak sering mencapai keputusan yang berkualiti.

"Kita tahu kredibiliti Sarawak kerana mereka mempunyai pemain-pemain yang berkaliber."

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video