Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, mahu Perak mencipta sejarah dalam sukan bola sepak tanahair musim ini.
"Saya mahu peminat, pemain dan pengurusan bersama-sama menanam azam baru agar tahun ini kita mampu capai keputusan positif dengan melangkah ke Stadium Nasional Bukit Jalil," katanya ketika berucap dalam majlis pengenalan skuad Bos Gaurus dan pelancaran jersi baru di Stadium Perak, semalam.
"Siapa yang tidak kenal Perak? Kita mempunyai sejarah bola sepak yang panjang dan menarik. Oleh itu, saya merayu penyokong untuk terus bersama Yob dan elakkan masalah.
"Pengurusan perlu mantap. Tidak mahu dengar lagi masalah politik dalaman. Jangan hampakan peminat kerana bola sepak adalah sukan nombor satu di sini (Perak)," katanya.
Turut berlangsung semalam ialah perlawanan pertunjukan di antara skuad Perak 2017 yang menewaskan pasukan Legenda Perak 5-0.