Skip to main content

Bola Sepak

Bony, Fer dijangka berehat panjang

5218wilfried-bony.jpg
Wilfried Bony dan Leroy Fer berdepan pembedahan gara-gara mengalami kecederaan jangka panjang selepas Swansea seri dengan Leicester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), kelmarin.

Kebangkitan Swansea meraih satu mata membantu skuad kendalian Carlos Carvalhal itu keluar daripada zon penyingkiran EPL.

Bagaimanapun, kelab itu terpaksa membayar harga yang mahal apabila Fer dan Bony dijangkan berehat panjang.

Fer mengalami kecederaan teruk pada bahagian tumit manakala Bony mengalami kecederaan lutut dan kedua-dua pemain perlu menjalani proses pembedahan.

"Kedua-dua pemain akan dinilai minggu ini dan menjalani proses seterusnya secepat mungkin," kata  kenyataan Swansea.

"The Swans mengharapkan kedua-dua pemain akan cepat sembuh."

Advertisement

Must Watch Video