Leonardo Bonucci mahu kembali ke Juventus selepas setahun melakukan perpindahan mengejut bernilai €42 juta (RM199j) ke San Siro, kata Pengarah Sukan AC Milan, Leonardo.
Pemain antarabangsa Itali itu telah dikaitkan dengan bekas kelabnya serta juara Ligue 1, Paris Saint-Germain (PSG), selepas semusim menyarung jersi Rossoneri.
Juve kini muncul sebagai destinasi pilihannya dan pemain berusia 31 tahun itu telah memulakan rudningan mengenai potensi berpindah ke Turin.
Leonardo mendedahkan Milan bersedia mencapai kesepakatan dan Bianconeri bukanlah satu-satunya kelab yang sedang berurusan dengan pertahanan berkenaan.
"Rundingan dengan Juve bermula dengan keinginan Bonucci, Jika kami dapat melakukannya, kami akan melakukannya," katanya.
"Segala-galanya bermula dengan ideanya, ia berlangsung sangat tenang dan masuk akal. Kami akan mengulas lanjut kemudian dan melihat sebarangan kemungkinan.
"Dia tiba pada tahun lalu sebagai simbol perubahan. Dia segera dilantik sebagai kapten, sesuatu yang jarang berlaku tetapi segala-galanya belum diputuskan."
Kembalinya Bonucci mungkin mendorong juara Serie A itu melibatkan Gonzalo Higuain sebagai pertukaran.
Penyerang Chelsea, Alvaro Morata, juga dipercayai sedang berada di Milan, namun Leonardo menegaskan kebimbangan mengenai peraturan ' Kewangan Fair Play (FFP)' akan menjejaskan sebarang peluang mereka untuk membuat pelaburan besar.
"Setiap situasi mempunyai formula yang berbeza," katanya. "Kami terikat dengan FFP dan saya tidak fikir sebarang kemungkinan untuk membuat pelaburan besar.
"Inilah situasinya pada masa ini."