Skip to main content

Bola Sepak

Bolos awal, stadium senyap musnahkan Perak

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mehmetpkns.jpg
Perak gagal mengekalkan permulaan cemerlang dalam saingan Liga Super musim ini apabila tewas 2-0 kepada PKNS FC dalam saingan yang "senyap" di Stadium Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) Lumut, semalam.

Turun buat kali pertama di halaman sendiri, Perak seperti hilang rentak tanpa laungan dan sorakan penonton yang kebiasaannya kedengaran meriah mengiringi skuad The Bos Gaurus.

Sebelum ini, Jawatankuasa Disiplin, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenakan denda ke atas kes kelakuan penonton dan penganjuran perlawanan terhadap Perak atas kesalahan yang berlaku dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2017 ketika Perak menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Perak, Ipoh.

"Tiada jiwa. Apa yang perlu dibuat, dilakukan. Anda boleh lihat rentak perlawanan seperti mati tanpa penonton. Saya tidak pernah melihat keadaan sebegini dalam perlawanan sebenar," ujar ketua jurulatih, Mehmet Durakovic.

Perak hilang suntikan peminat dan gagal memanfaatkan peluang manakala PKNS bijak menggunakan kelebihan serta mempamerkan displin yang tinggi.

"Mereka (PKNS) memerangkap kami dengan gol seawal minit kedua. Kemudian, mereka bertahan dengan begitu baik walaupun Perak cuba bangkit dan membuat beberapa serangan berbahaya.  

"Namun, itulah keputusannya," tambah Durakovic.
 
Bagi pengendali PKNS, K. Rajagobal, dia mampu menarik nafas lega apabila membawa pulang tiga mata berharga.

"Jaringan awal telah mengubah suasana. Gol itu memberi kami peluang untuk bernafas dan merencanakan rentak permainan. Walaupun Perak agresif memberi tekanan, pemain-pemain saya tetap disiplin dan fokus," katanya.

Dua jaringan PKNS disumbangkan pemain import dari Brazil, Rafeal Ramazotti, pada minit kedua dan 62. 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video