Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) memberi amaran mengenai sejauh mana kekerapan bola sepak Sepanyol menjalankan ujian anti-doping ke atas pemain.
Pada Mac 2016, Organisasi Anti Doping Kebangsaan Sepanyol (AEPSAD) telah diisytiharkan tidak mematuhi syarat sehingga mendorong penggantungan makmal di Madrid pada Jun.
Satu kenyataan WADA berbunyi: "WADA mengambil berat laporan media yang mendakwa tiada ujian Kod Anti-Doping Dunia dijalankan di Sepanyol sejak AEPSAD diisytiharkan tidak mematuhi kod anti-doping.
"Kekurangan salah sebuah negara peneraju liga bola sepak di dunia menjalankan ujian hampir 12 bulan menjadi tumpuan, dan kami akan mengembalikan keyakinan dalam sukan bersih ketika langkah itu sangat diperlukan.
"Selepas AEPSAD disahkan tidak mematuhi kod anti-doping pada 19 Mac 2016, WADA menggalakkan perjanjian di antara AEPSAD dan Kesatuan Sukan Antarabangsa (IFS) dalam memastikan ujian dapat dijalankan di peringkat atlet kebangsaan Sepanyol sepanjang tempoh berkenaan.
"Adalah mengecewakan apabila sesetangah kesatuan antarabangsa tidak menandatangani perjanjian tersebut. Ia menghalang program anti-doping daripada dijalankan secara efektif di kalangan atlet kebangsaan Sepanyol secara menyeluruh.
"Walaupun makmal yang diiktiraf WADA di Madrid digantung, makmal yang diiktiraf WADA di Barcelona masih beroperasi dan akan terus menerima dan menganalisis sampel selaras dengan peraturan anti-doping dunia."