Jika orang luar bersikap positif bola sepak pantai mampu menyumbang kepada Malaysia dan mengharumkan nama negara di persada dunia, mengapa tidak di negara sendiri.
Dalam Kejohanan Bola Sepak Pantai AFC di Terengganu yang lalu, skuad negara begitu kerdil jika dibanding dengan lawan lain di mana rata-rata mereka sudah memiliki liga bola sepak pantai profesional di negara masing-masing.
Persaingan skuad negara melibatkan kuasa besar dunia, antaranya Emiriah Arab Bersatu (UAE), Jepun, Iran dan Oman, namun rata-rata jurulatih luar yang menyaksikan kelibat dan corak permainan pemain Malaysia menyifatkan skuad mereka memiliki potensi yang cukup bagus untuk diketengahkan.
"Teknik dan taktikal di antara Iran dan Malaysia tidak banyak bezanya.
"Kami berharap Malaysia menjadi sebuah pasukan yang mampu bersaing pada masa akan datang kerana mereka mempunyai potensi besar," kata jurulatih Iran, Mohammad Hoseyn Mirshamsi.
Jika orang luar nampak jelas dengan potensi skuad negara, mengapa di tempat sendiri sukan ini tidak diberikan perhatian oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mahupun persatuan negeri, atau sekurang-kurangnya perlu ada usaha untuk mengangkat martabat sukan ini.
Sebagai negara yang dikelilingi pantai, minat terhadap sukan itu di negara ini perlu dipupuk bermula daripada peringkat akar umbi lagi.
Sehingga kini, bola sepak pantai lebih sinonim dikenali sebagai sukan kampung, walhal sukan ini sudah pun tinggi martabatnya hingga ke peringkat Piala Dunia, cuma kita sahaja yang tidak peka.
"Saya mengharapkan FAM mengeluarkan sedikit wang untuk bola sepak pantai dan bajet untuk mempopularkannya.
"Bola sepak pantai bukanlah satu sukan yang melibatkan kos yang terlalu tinggi.
"Pemain bermain di atas pasir dengan berkaki ayam dan garisannya cukup dengan menggunakan tali selain pintu gol," ujar jurulatih bola sepak pantai negara, Ismail Zakaria.