Skip to main content

Bola Sepak

Boateng tercicir ikuti persiapan awal musim

jerome-boateng-150717.jpg
Jerome Boateng dipinggirkan daripada skuad Bayern Munich dalam jelajah pra-musim mereka apabila pemain pertahanan itu meneruskan program pemulihan kecederaan paha yang dialaminya. 

Boateng terlepas meraikan kejayaan gelaran pada hari terakhir Bundesliga musim lalu ketika berhadapan Freiburg pada Mei, namun dia dijangka akan mengikuti persiapan musim baru. 

Dengan aksi pemanas badan telah diaturkan dengan kelab- gergasi seperti Arsenal, AC Milan, Chelsea dan Inter Milan, tonggak Jerman itu sebaliknya akan kekal di Munich untuk mengembalikan kecergasannya. 

"Lebih baik Boateng melengkapkan program pemulihannya di Sabener Strasse (pusat latihan Bayern)," ujar ketua jurulatih kelab, Carlo Ancelotti. 

"Apabila musim bermula pada bulan depan, dia akan kembali bersama kami dengan kecergasan tinggi."

Boateng hanya tampil dalam 13 perlawanan bersama Bayern pada musim lalu, dengan kecederaan bahu menyebabkan pemain berusia 28 tahun itu terlepas aksi sekitar Disember hingga Mac lepas. 

Bayern akan membuat perhitungan dengan Borussia Dortmund dalam aksi Piala Super DFL pada 5 Ogos sebelum memulakan kempen mempertahankan mahkota Bundesliga buat kali keenam dengan berdepan Bayer Leverkusen, 18 Ogos nanti. 
 

Advertisement

Must Watch Video