AC MILAN 2 ROMA 1
Gennaro Gattuso menghamburkan pujian terhadap Patrick Cutrone kerana memiliki "bisa di dalam dirinya" selepas pemain gantian itu mencuri kemenangan 2-1 pada penghujung perlawanan dalam aksi AC Milan menentang Roma.
Federico Fazio menyamakan kedudukan untuk pelawat selepas Franck Kessie membuka tirai jaringan lima minit sebelum separuh masa pertama berakhir dalam aksi Serie A di San Siro, awal pagi tadi.
Gol yang disumbat penyerang Milan, Gonzalo Higuain, dan pemain tengah Roma, Steven N'Zonzi, kedua-duanya dibatalkan sebelum penyerang berusia 20 tahun, Crutone, menyumbat gol kemenangan.
"Patrick pada masa ini mempunyai bisa di dalam dirinya," kata ketua jurulatih, Gattuso, kepada penyiar Itali, Sky Sport, selepas menyaksikan pasukannya bangkit daripada tewas 2-3 kepada Napoli.
"Kami mengharungi perlawanan kedua dan kami sudah bercakap tentang titik perubahan.
"Ada kekesalan besar selepas menentang Napoli dan kami tidak cukup berjuang, saya tahu.
"Kami telah memperkasakan pasukan tetapi saya tidak boleh bercakap mengenai titik perubahan hanya selepas perlawanan kedua."
Gattuso, yang terkenal sebagai pemain tengah lasak ketika bergelar pemain, menyatakan kekagumannya dengan kesediaan pasukannya untuk berjuang dalam tempoh yang buruk ketika Roma meningkatkan asakan mereka dalam babak kedua.
"Kami sudah memperbaiki mentaliti dan tahu bagaimana untuk menderita," katanya.
"Kami tidak boleh anggap bahawa kami mampu mengawal permainan sepanjang 90 minit. Kadang-kadang anda perlu mengambil risiko."