Biarpun telah menghantar surat permohonan untuk dilepaskan, Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) tetap mengarahkan pemain veteran, Mohd Badhri Radzi atau Piya, untuk terus turun ke padang bagi menjalani latihan dengan pasukan itu.
Presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilias Khan, berkata pihaknya masih belum membuat keputusan sama ada mahu menerima atau menolak pemintaan bekas kapten The Red Warriors (TRW) itu.
"Sebagaimana yang dinyatakan Timbalan Presiden KAFA, Datuk Seri Afandi Hamzah, dalam sidang media petang semalam, KAFA telah menerima surat daripada Piya tetapi keputusan belum dibuat.
"Kami akan berbincang dahulu dengan barisan pegawai teknikal sebelum membuat keputusan tentang keperluan pasukan.
"Selepas itu, barulah kami akan memaklumkan kepada Piya mengenai permohonannya.
"Paling utama, sebelum keputusan dibuat, dia perlu turun ke latihan sebagaimana biasa," katanya.
Sementara itu, Piya dalam reaksi segeranya berkata dia bersedia untuk turun menjalani latihan seperti biasa.
Bagaimanapun, pemain berusia 37 tahun itu mahu KAFA mengotakan janji untuk melunaskan bayaran gaji sebagaimana termaktub dalam kontrak.
"Dalam kontrak tertera gaji wajib dibayar setiap 7 hari bulan, namun sehingga hari ini masih belum dapat.
"Jadi, saya berharap KAFA tidak buat-buat lupa tentang isu ini," ujarnya.