Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menganggap masih terlalu awal untuk menekan butang panik, termasuk merehatkan ketua jurulatih, Sathit Bensoh, di sebalik prestasi hambar yang disajikan skuad The Red Warriors (TRW) dalam tiga perlawanan awal Liga Super musim ini.
Presiden KAFA , Bibi Ramjani IIias Khan, menyifatkan pihaknya tidak mahu membuat sebarang keputusan tergesa-gesa yang boleh merugikan pasukan dan menjejaskan moral pemain.
Katanya, sebarang rombakan yang bakal dilakukan perlulah mengikut prosedur yang ditetapkan, termasuk berdasarkan laporan jawatankuasa pengurusan yang dipengerusikan seorang Exco KAFA.
“Masih terlalu awal untuk menekan butang panik kerana saingan dalam Liga Super masih di peringkat awal. Banyak pasukan yang masih mencari rentak. Ada juga pasukan pilihan kecundang dalam perlawanan ketiga.
“Bagaimanapun, saya sedar prestasi TRW agak membimbangkan.
"Kami sepatutnya mendapat sembilan mata maksimum daripada tiga perlawanan awal, namun sekadar mendapat satu mata (seri 1-1 dengan Terengganu FC),” katanya.
Dalam perkembangan yang sama, Bibi Ramjani akan meminta laporan penuh daripada ketua jurulatih, Sathit, mengenai prestasi keseluruhan pemain TRW sebelum aksi keempat Liga Super menentang Perak nanti.
“Sathit akan menyerahkan laporan penuh prestasi pemain dan saya harap kami bangkit semula semasa bertemu Perak, 24 Februari depan di gelanggang sendiri,” katanya.