Drama pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) semakin menarik ekoran keputusan dua naib presidennya, Datuk Aizzudin Ghazali dan Datuk Nik Izani Nik Ibrahim serta bendahari, Datuk Ahmad Razali Ibrahim, meletak jawatan.
Terbaru, setiausaha agung, Husin Deraman, turut mengambil pendirian serupa.
Bagaimanapun, Presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilias Khan, enggan melatah dengan keputusan berkenaan, sebaliknya meminta mereka bertanya kepada diri sendiri tentang sumbangan yang telah dilakukan sepanjang menjawat jawatan penting itu.
Bagi Bibi Ramjani, mereka dipilih menjadi naib presiden KAFA melalui proses pertandingan dan bukannya melalui lantikan presiden. Sepatutnya, mereka lebih arif dengan krisis dan permasalahan yang sedang berlaku.
"Rasanya saya tak perlu komen apa-apa tentang isu itu. Cuma, jangan salahkan pihak pengurusan jika kita tidak mampu lagi memberi sumbangan.
"Lagipun, mereka bukan dilantik oleh saya, sebaliknya dipilih oleh persatuan bola sepak jajahan (PBJ) melalui proses pemilihan.
"Sebab itu, ada individu yang menarik diri selepas menang pemilihan kerana pucuk pimpinan bukan rangkaian mereka. Atau, mereka mempunyai agenda lain?," katanya.
Bibi Ramjani menambah setakat hari ini, KAFA masih belum menerima sebarang bentuk sumbangan daripada mereka untuk meringankan beban kewangan yang ditanggung.
"Mereka hanya sekadar memegang jawatan biarpun masih gagal menunaikan janji untuk turut sama mencari sumber kewangan dalam pelbagai bentuk bagi membantu KAFA.
"Tiba-tiba, serahkan surat peletakan jawatan dengan pelbagai alasan yang diberikan.
"Jadi, sekali lagi jangan tanya saya, sebaliknya tanya diri sendiri apa sumbangan yang telah diberikan kepada KAFA."
Kelantan mengalami situasi yang cukup mengecewakan musim ini apabila menduduki tangga ke-11 Liga Super dan tersingkir ke Liga Perdana musim depan.
Lebih perit, mereka memerlukan kemenangan terakhir menewaskan Pahang 2-1 untuk layak beraksi dalam Piala Malaysia.