Barisan pemain dan jurulatih Perak FC ibarat sudah jatuh ditimpa tangga apabila terus berdepan pelbagai cabaran dan dugaan dalam mengharungi Liga Perdana musim ini.
Hari ini, The Bos Gaurus dikenakan pemotongan enam mata susulan isu bayaran gaji dihadapi pasukan itu.
Ia diputuskan oleh badan bebas, First Instance Body (FIB) susulan kegagalan pengurusan kelab utara itu yang masih tidak menjelaskan pembayaran baki tunggakan gaji pemain dan pegawai pasukan utama dan pasukan pelapis berdasarkan akuan berkanun 15 Disember 2011 bagi semua tunggakan setakat November 2021.
Selain itu, pihak pengurusan Perak juga masih belum membuat pembayaran atau persetujuan penyelesaian bersama untuk menangguhkan pembayaran gaji tertunggak pemain dan pegawai bagi tahun ini.
Sheikh Mohd Nasir yang mempengerusikan Mesyuarat FIB Pelesenan Kelab MFL itu berkata, Perak masih gagal melunaskan baki tunggakan gaji pada 14 April 2022 meskipun kelab Liga Perdana berkenaan sudah dikenakan hukuman pertama pemotongan tiga mata pada 1 April 2022 gara-gara gagal berbuat demikian pada 31 Mac 2022.
Meskipun amat terkesan dengan situasi kelab itu, jurulatih Perak, Yusri Che Lah, berharap semangat juang anak buahnya masih bersisa, setidak-tidaknya membuktikan kewibawaan mereka agar dapat meneruskan kelangsungan kerjaya bersama pasukan lain pula selain perlu mempertahankan maruah kelab.
"Sungguhpun macam ini, saya dan pemain terpaksa harunginya. Kesukaran ini memang jelas.
"Enam mata cukup besar sebenarnya kerana sebelum ini kami telah dipotong tiga mata.
"Jadi selepas sembilan mata dipotong jadi agak mustahil untuk kami teruskan baki saingan.
"Kami sudah berusaha dari awal tahun untuk memberi cabaran sengit dalam saingan liga tapi ini bukan sesuatu yang saya dan pemain mahukan.
"Kami cuba menidakkan keadaan-keadaan yang lebih buruk yang mungkin boleh berlaku kepada pasukan ini," katanya.
Selain ada tanggungan hidup, Yusri prihatin dengan status kesihatan mental pemainnya tetapi enggan menyalahkan hukuman keras yang diambil Liga Bolasepak Malaysia (MFL), apatah lagi dia pernah berdepan kemelut serupa bersama Kelantan pada 2019.
Tetapi itu tidak bermakna tiga mata sudah terjamin untuk Kelantan dalam pertemuan di Ipoh, malam esok.
"Saya dan pemain ada tanggungjawab. Seandainya pasukan ini berterusan begini, pemain perlu menggunakan untuk berhijrah dalam pintu kedua perpindahan.
"Pemain akan menggunakan pelantar ini untuk tonjolkan kemampuan dan bermain demi peminat Perak.
"Agak rugi seandainya pemain tidak berikan komitmen dalam perlawanan. Mereka mungkin hilang arah atas apa yang berlaku. Mereka juga manusia yang memerlukan bantuan dan prihatin.
"Tidak guna hanya bersorak ketika mereka menang.
"Tidak adil kepada saya dan pemain tetapi pengurusan kejohanan bertindak adil kerana kegagalan majikan menyelesaikan (gaji) pada tarikh yang ditetapkan. Keputusan MFL yang diambil ketika ini adalah tepat.
"Kami perlu menang dua perlawanan selepas ini, barulah pungutan mata kami menjadi 0 dan mula berjuang.
"Perjuangan kami masih jauh dan baru tiga perlawanan.
"Kami tidak akan memberikan jalan mudah kepada Kelantan," katanya.