Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Betis tandatangani Carvalho

william-carvalho_.jpg
Real Betis telah menandatangani William Carvalho dengan kontrak lima tahun.

Carvalho menjadi pemain terbaru meninggalkan Sporting CP, yang memecat ketua jurulatih, Sinisa Mihajlovic, selepas hanya sembilan hari bertugas, bulan lalu.

Pemain tengah Portugal itu tampil beraksi dalam empat perlawanan di Russia 2018 di samping membantu pasukannya menjadi juara Euro 2016.

Carvalho  dilaporkan hampir menyertai West Ham Ogos lalu tetapi ia gagal dimeterai.

Sebelum berpindah ke Sepanyol, pemain berusia 26 tahun itu telah dikaitkan dengan kelab seperti Inter dan Everton tetapi Betis bertindak segera dan mengumumkan ketibaannya ke kelab itu semalam.

Betis turut mendapatkan khidmat pemain kebangsaan Jepun, Takashi Inui, Sergio Canales, Pau Lopez dan Joel Robles bagi menghadapi musim baru.
 

Advertisement

Must Watch Video