Skip to main content

Bola Sepak

Besiktas dakwa hampir ikat Pepe

pepe-060617_1.jpg
Juara Turki, Besiktas, semakin hampir untuk menandatangani pemain pertahanan Real Madrid, Pepe. 

Perjanjian dengan bintang Portugal itu dilaporkan hampir dimeterai selepas Besiktas memaparkan gambarnya bersama jersi kelab dan mengumumkan perbincangan sedang diadakan. 

Pepe, 34, sebelum ini hangat dikaitkan ke Paris Saint-Germain (PSG) selepas mengumumkan akan meninggalkan Santiago Bernabeu bulan lalu dengan berkata, "Saya akan membawa kasih sayang kamu di dalam hati ini."

Pepe sering terpalit dengan kontroversi berikutan corak permainan kerasnya dan pergeseran dengan pemain lawan. 



 

Advertisement

Must Watch Video