Skip to main content

Bola Sepak

Bertahan di Nou Camp seperti bunuh diri -- Fabregas

21218messi-fabregas.jpg
CHELSEA 1 BARCELONA 1

Cesc Fabregas menggesa pengendali Chelsea, Antonio Conte, supaya tidak menggunakan pendekatan bertahan ketika menghadapi aksi timbal balik Liga Juara-Juara (UCL) kerana menganggap ia sebagai misi membunuh diri.


Kedua-dua pasukan telah mempamerkan persembahan cemerlang ketika meraih keputusan seri 1-1 di Stamford Bridge, awal pagi tadi.

Willian – yang sebelum ini meledak dua percubaan yang terkena tiang -- membuka jaringan pada minit ke-62 sebelum Lionel Messi menyamakan kedudukan 15 minit sebelum perlawanan berakhir, memastikan gol di tempat lawan menjadi bekalan buat skuad bimbingan Ernesto Valverde itu.

Fabregas berasakan Chelsea tidak berpeluang untuk mara ke pusingan seterusnya jika mereka ke Nou Camp untuk bertahan sepanjang perlawanan.

"Bertahan di Nou Camp selama 90 minit adalah jangka masa yang sangat panjang," kata Fabregas. 

"Kami perlu menyerang dan menghasilkan peluang. Kami perlu yakin mampu menewaskan mereka.

"Bertahan adalah seperti membunuh diri, jadi kami perlu bermain untuk melakar gol.

"Keputusan seri ini amat mengecewakan. Kami telah memiliki perancangan yang rapi dan cuba memberikan yang terbaik.

"Kami telah memberikan peluang buat mereka di Nou Camp tetapi kami akan terus berjuang dan mempamerkan persembahan yang terbaik," katanya lagi.
 

Advertisement

Must Watch Video