Pengendali Sevilla, Eduardo Berizzo, menjelaskan logik mengenai punca dia diperintahkan keluar padang ketika seri 2-2 dengan Liverpool dalam aksi Liga Juara-Juara di Anfield, awal pagi tadi.
Berizzo sebelum itu sudah diberi amaran oleh pengadil, Danny Makkelie, kerana membaling bola pada babak pertama dan dia mengulangi perbuatan itu sehingga diperintah ke bangku penonton.
Begitupun, dia mempunyai sebab untuk mengulangi tindakan itu kerana berpendapat semuanya adalah salah faham.
"Ia dua aksi yang berbeza," katanya.
"Pada separuh masa pertama, kami lebih menyerlah dan Liverpool bergantung kepada serangan balas dan saya melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya dengan mencampakkan bola ke arah lain. Saya cuba untuk melengahkan masa untuk menyekat Liverpool.
"Saya sedar ia satu kesilapan. Bagaimanapun, perkara yang sama berlaku ketika kami ketinggalan pada separuh masa kedua dan saya memutuskan untuk mencampakkan bola kerana cuba membetulkan kesilapan pertama.
"Saya melakukannya demi semangat kesukanan -- ia reaksi yang sama dalam konteks yang berbeza. Anda boleh mengatakan ia tidak mencerminkan semangat kesukanan tetapi saya cuba untuk membetulkannya.
"Saya menjelaskannya kepada rakan sejawatan saya, Jurgen Klopp, dan dia memahaminya. Tetapi, tidak bagi pengadil."
Barisan pemainnya, bagaimanapun, memperoleh satu mata di Anfield menerusi gol penyamaan Joaquin Correa selepas Ben Yedder terlebih dahulu memecah kebuntuan pada awal permainan.
Pengurus berusia 47 tahun itu berpuas hati dengan keputusan itu selain menganggap The Reds sebagai lawan yang berbahaya.
"Ia keputusan yang baik untuk memulakan kempen (Liga Juara-Juara)," kata Berizzo.
"Kami berdepan kesulitan dalam babak pertama. Kami mendahului tetapi ketinggalan sehingga menyukarkan kami. Mereka sangat positif dan pantas.
"Pertahanan kami bergelut untuk mengekang kepantasan jentera serangan mereka.
"Kami berjaya menyekat mereka selepas itu dan kami begitu mantap.
"Keputusan ini meletakkan kami di tahap baik di peringkat kumpulan ini."