Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Benzema tekad pacu gemilang Real Madrid

benzema.jpg
Karim Benzema yakin dia mampu melupakan musim mengecewakan dalam bentuk individu dengan memainkan peranan utama pasca era Cristiano Ronaldo di Real Madrid.

Pemain berusia 30 tahun itu sebelum ini tenggelam yang menyaksikannya hanya menyumbat lima gol LaLiga sehingga mencetuskan spekulasi mengenai masa depannya di Santiago Bernabeu.

Bagaimanapun, gol pembukaannya dalam kemenangan perlawanan akhir Liga Juara-Juara (UCL) ke atas Liverpool serta pelantikan Julen Lopetegui sebagai ketua jurulatih mencetuskan harapan baru kepada penggempur dari Perancis itu untuk memainkan peranan penting dalam musim ke-10 di kelab itu.

Dikhabarkan menjadi subjek minat daripada AC Milan, Benzema menegaskan dia memberi tumpuan sepenuhnya untuk menyerlahkan semula aksi terbaiknya serta mengetuai Madrid untuk merakamkan kejayaan lebih besar.

"Kami perlu terus memenangi trofi kerana sasaran di sini ialah sentiasa memenangi sesuatu sebagai satu pasukan," kata bekas penyerang Lyon itu di laman sesawang kelabnya.

"Di tahap peribadi, saya mahu mengharungi musim yang lebih baik daripada yang saya lakukan pada kali terakhir, seterusnya memahat nama saya di dalam sejarah kelab.

"Saya tidak dapat membayangkan untuk mencapai semua kejayaan, namun saya menyertai kelab ini demi memenangi gelaran, untuk berjaya dan mencapai banyak perkara.

"Saya sedar saya bakal berdepan beberapa musim yang sukar, begitupun ia tidak penting kerana ini merupakan kelab terbaik di dunia. Saya sangat gembira."

Benzema turut mengulas perubahan pasukan di bawah bimbingan Lopetegui yang dipecat sebagai jurulatih Sepanyol menjelang sepak mula Piala Dunia 2018. 

"Kami tahu Lopetegui merupakan jurulatih yang menggemari pasukannya menyimpan bola serta berasaskan penguasaan perlawanan," kata pemenang UCL empat kali itu.

"Dia juga memberi penekanan kepada aspek kerja keras ketika kami kehilangan bola dan bagaimana kami perlu memberi tekanan setelah kehilangan bola."
 

Advertisement

Must Watch Video