NEWCASTLE UNITED 3 EVERTON 2
Pengurus Newcastle United, Rafael Benitez, membandingkan penggempurnya, Ayoze Perez dan Salomon Rondon, mirip dengan Lionel Messi selepas mereka bangkit untuk menundukkan Everton dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL).
Skuad bimbingan Benitez itu ketinggalan 0-2 dalam separuh masa pertama ekoran jaringan Dominic Calvert-Lewin dan Richarlison manakala tendangan penalti Matt Ritchie diselamatkan oleh Jordan Pickford dalam aksi di St James' Park, awal pagi tadi.
Begitpun, Perez mempertaruhkan Rondon untuk memastikan kebangkitan Newcastle selepas rehat untuk menghantui bekas pasukannya itu dengan menyumbat dua gol dalam tempoh tiga minit bagi menjulang Magpies ke tangga ke-13.
Benitez menghamburkan pujian terhadap Perez dan Rondon selepas kemenangan kelima berturut-turut Newcastle itu di gelanggang sendiri.
"Pasukan ini penting," kata Benitez kepada Sky Sports. "Gandingan yang dicipta di antara Ayoze Perez dan Salomon Rondon, jika Messi yang melakukannya pasti semua orang akan bercakap tentang jaringan tersebut."
Kali terakhir Newcastle bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk meraih kemenangan liga adalah pada Oktober 2003 dan Benitez menjelaskan kejayaan itu didorong oleh taktikalnya.
"Saya berpesan kepada pemain supaya bertenang dalam babak kedua, menjaringkan satu gol dan kembali mendapatkan rentak permainan," kata Benitez. "Dalam babak pertama, kami berpeluang untuk menjaringkan gol, sebaliknya pihak lawan pula yang menyumbat dua gol.
"Kami mengubah corak permainan -- Ritchie diketengahkan ke sebelah kanan dan menerapkan empat pertahanan. Kami memenangi lebih banyak lantunan bola kedua dalam babak kedua."
Everton hanya mengumpul empat mata daripada enam perlawanan EPL, namun pengurusnya, Marco Silva, berasakan keputusan pengadil, Lee Mason, serta pembantunya menyumbang kepada kekalahan The Toffees.
"Sudah tentu ini situasi yang sukar," kata Silva kepada Sky Sports. "Kami mendahului 2-0, kemudian kami mempunyai empat peluang serangan balas untuk membunuh permainan. Kami terus memberikan kepercayaan (untuk bangkit) kepada lawan kami.
"Saya memberitahu kepada barisan pemain supaya mengekalkan usaha yang dilakukan dalam separuh masa pertama. Kami bergelut untuk menangani beberapa serangan balas selepas rehat. Sebaik dibolosi, kami memberikan kepercayaan kepada Newcastle.
"Apabila mereka menjadikan kedudukan 2-2, permainan mula berubah sepenuhnya. Jaringan ketiga oleh Rondon itu adalah ofsaid. Sangat aneh untuk saya membicarakan keadaan ini."
Ditanya kenapa dia menghampiri pengadil, Mason, sejurus tamat perlawanan, Silva menambah: "Pengadil memberikan satu penalti kepada Newcastle tetapi tidak kepada kami ketika Gylfi Sigurdsson (dilanggar).
"Lagipun jelas sekali gol ketiga adalah ofsaid, Rondon berada di posisi ofsaid yang jelas."