Skip to main content

Bola Sepak

Ben Arfa gembira dengan peranan baru bersama PSG

ben-arfa-content-with-striker-role-at-psg.jpg

Hatem Ben Arfa tidak mempunyai sebarang masalah dengan watak barunya di Paris Saint-Germain (PSG) dengan menegaskan dia gembira memainkan peranan sebagai penyerang kelab itu.

PSG telah memulakan tahun 2017 dengan cukup baik apabila melakar kemenangan dalam kesemua empat perlawanan setakat ini, dengan kemenangan 2-0 ke atas Nantes merupakan kejayaan terbaru.

Kemenangan tersebut hadir menerusi dua gol Edinson Cavani, yang telah beraksi mantap musim ini sejak kembali ke posisi asal selaku penyerang utama selepas ketiadaan Zlatan Ibrahimovic yang berhijrah ke Manchester United pada awal musim.

Musim ini, Cavani telah pun meledak 20 gol dalam Ligue 1, kali pertama dia mencapai sasaran itu buat PSG.

Pengendali, Unai Emery, tidak berselindung dengan niatnya untuk membawa masuk penyerang gantian pada Januari.

Setakat ini, hanya Ben Arfa bertindak selaku penyerang gantian kepada Cavani dan bekas pemain Newcastle United dan Nice itu gembira dengan watak terbarunya.

"Saya bermain dengan baik di posisi itu, saya masih dalam proses penyesuaian," ujar Ben Arfa.

"Jurulatih melihat saya sesuai bermain selaku penyerang. Jika saya mampu menghadirkan sesuatu buat pasukan ini, itu sudah memadai. Saya menikmati tugas baru ini."

Advertisement

Must Watch Video