Bekas pemain Manchester City, Mikheil Kavelashvili, dilantik sebagai presiden oleh Parlimen Georgia selepas 16 hari protes di negara itu.
Pelantikan Kavelashvili yang sempat menyumbang tiga gol setelah menyertai Manchester City pada musim 1995-96 itu mendapat bantaahan daripada pembangkang.
Wakil Parti Georgian Dream yang kini berumur 53 tahun itu menang mudah untuk menguasai Parlimen yang mempunyai 300 kerusi dan untuk kali pertamanya, presiden Georgia dipilih melalui badan perwakilan pemilih dan bukannya undian langsung.
Empat kumpulan pembangkang utama menolak pelantian Kavelashvili dan memboikot Parlimen, serta kekal menegaskan pilihan raya yang diadakan pada Oktober lalu telah dicemari penipuan.
Shaiful Shamsudin
Sun Dec 15 2024