LIGA SUPER MSIA
Bekas pemain JDT cari pasukan baru, ada kewangan kukuh
'Terima kasih JDT, semoga kita berjumpa lagi'
Demikianlah ucapan terakhir pemain sedang meningkat naik Johor Darul Ta'zim (JDT) II, Chia Ruo Han, yang memutuskan tidak bersama pasukan itu selepah tujuh tahun bersama.
Bekas peserta Program Mencari Ramli itu sedang mempertimbang beberapa tawaran terbaik daripada kelab Liga Super menjelang musim baharu.
Iklan
"Buat masa sekarang, tiada apa yang sah. Saya belum meneliti tawaran yang diterima lagi," katanya di Nadi Arena.
Bintang berusia 23 tahun itu turut memikirkan kekangan yang berlaku ketika ini apabila kestabilan kewangan pasukan menjadi topik utama Ruo Han sebelum pantas menandatangani kelab terbaru.
Dalam masa sama, bekas pemain Harimau Selatan itu mengintai peluang untuknya mendapatkan kepercayaan, sekali gus mencari peluang menampilkan persembahan terbaik di atas padang.
"Ia akan menjadi berbeza.
"Di JDT, saya tidak pernah risau dengan apa-apa situasi melibatkan gaji.
"Saya mahu menandatangani kelab yang memiliki kewangan yang baik.
"Apa yang saya mahu ketika ini ialah menonjolkan bakat saya," katanya lagi.
Must-Watch Video