Bekas ketua jurulatih bola sepak kebangsaan China membuat pengakuan yang mengejutkan dalam satu rancangan televisyen beberapa hari lalu tentang bagaimana beliau terlibat dengan skandal rasuah pada skala yang besar.
Lie Tie, 46, berkata dalam sebuah rancangan dokumentari yang bertemakan anti rasuah mendedahkan bahawa dia terpaksa membayar sejumlah wang yang besar bagi memastikan jawatanya selaku ketua jurulatih negara itu dapat dikekalkan selain turut terbabit dalam beberapa transaksi pembayaran bagi menentukan keputusan dalam pelawanan tertentu.
Li Tie mendakwa skandal rasuah tersebut membabitkan jumlah yang tinggi sehingga mencecah jutaan ringgit.
Beliau yang juga merupakan bekas pemain kelab Perdana Inggeris, Everton juga pernah disiasat oleh agensi anti rasuah negara itu pada 2022 namun tiada sebarang laporan lanjut mengenai kes tersebut sehinggalah didedahkan oleh beliau sendiri dalam rancangan itu.
Bagi mengekalkan jawatan ketua jurulatih, beliau terpaksa membayar hampir RM2 juta kepada pihak tertentu tidak termasuk pembayaran yang terpaksa dibuat bagi menentukan keputusan perlawanan.
"Saya memohon maaf..saya sepatutnya sentiasa berfikir lebih panjang dan melakukan sesuatu yang betul. Tetapi ketika itu ia adalah satu perbuatan yang biasa dilakukan dalam dunia bola sepak!"Katanya dalam program tersebut.
Li Tie sebelum ini telah dilantik selaku Ketua Jurulatih China pada 2020 dan bertekad akan melaksanakan impian besar pasukan China dalam kancah bola sepak dunia.
Malah Li Tie yang juga merupakan jurulatih kelab Wuhan Zall turut mendakwa pernah merasuah badan induk bola sepak negara itu (CFA) sebanyak RM1.3 juta dengan menjanjikan keistimewaan diberikan kepada kelab tersebut.
Pembayaran tersebut telah dilakukan dan dibiayai sepenuhnya oleh kelab Wuhan yang kemudianya membuat pembayaran kepada Presiden CFA, Chen Xuyuan.
Malah beliau turut mengesahkan sering kali mengeluarkan jutaan ringgit dari poketnya sendiri untuk merasuah Setiausaha Agung CFA bagi menyelesaikan beberapa isu.