Skip to main content

Bola Sepak

Bayern Munich mungkin tak dapat turunkan Neuer

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

manuel-neuer_.jpg
Bayern Munich berkemungkinan tidak dapat menurunkan Manuel Neuer menjelang perlawanan Bundesliga menentang Cologne di laman sendiri hujung minggu ini selepas penjaga gol itu terlepas sesi latihan semalam.

Neuer melakukan deretan aksi menyelamat cemerlang ketika membantu Bayern menewaskan Borussia Dortmund dalam penentuan DFL Supercup kelmarin.

Pemain berusia 35 tahun itu berada dalam kelas tersendiri ketika menafikan percubaan Marco Reus -- yang kemudian berhasil menjaringkan satu gol -- dan Erling Haaland sepanjang babak pertama pertemuan di Signal Iduna Park itu.
 
Bagaimanapun, Neuer memerlukan lebih masa untuk melakukan sepakan gol dalam babak kedua selepas buku lalinya tercedera akibat menerima terjahan daripada Erling Haaland, dalam percubaannya memberikan tekanan buat kapten Bayern itu.

Terjahan itu jelas mendatangkan kecederaan buat Neuer dengan Bayern turut mengesahkan pemain mereka itu tidak dapat menyertai latihan semalam.

"Manuel Neuer mengalami kecederaan sendi di buku lali kanannya ketika menewaskan Dortmund dalam Supercup, jadi kapten kami itu tidak akan mengambil bahagian dalam latihan hari ini," ciap Bayern dalam Twitter.

 

Advertisement

Must Watch Video