Bekas bintang Bayern Munich, Lothar Matthaus, berharap Jupp Heynckes terus bertindak sebagai pengurus selepas musim ini berakhir sebelum tempatnya digantikan oleh jurulatih Jerman, Joachim Low, pada 2019.
Selepas bersara pada 2013, Heynckes kembali ke Bayern untuk menggalas tugas berkenaan buat kali ketiga sejak September lalu dengan menggantikan Carlo Ancelotti.
Peningkatan prestasi yang dipamerkan Bayern sejak kepulangan Heynckes cukup luar biasa apabila mereka kini memiliki kelebihan 18 mata daripada pencabar terdekat, RB Leipzig, menjelang kunjungan ke Wolfsburg, hari ini.
Heynckes hanya akan bertugas sehingga akhir musim ini, namun laporan terus mencadangkan bahawa hierarki kelab itu sedang cuba meyakinkannya untuk bertahan selama setahun lagi.
Matthaus percaya senario itu akan menyaksikan Heynckes kekal sehingga penghujung musim 2019 sebelum digantikan Low, yang akan memimpin Jerman mempertahankan mahkota Piala Dunia di Russia, musim panas nanti.
Bercakap kepada pemberita, Matthaus berkata: "Adalah menjadi impian saya untuk melihat Jupp meneruskan peranannya selama setahun lagi, kemudian Joachim Low mengambil alih pada 2019 selepas Piala Dunia dan berehat selama setahun.
"Saya melihat peluang untuk Heynckes kekal setahun lagi sekiranya dia boleh membawa keluarganya bersama. Jika langkah itu tidak serasi dengan keluarganya, maka dia akan menamatkan tugasnya selepas musim ini berakhir," ujarnya.