BAYERN MUNICH 1 REAL MADRID 2
Joshua Kimmich dan Niklas Sule menegaskan kekalahan 1-2 Bayern Munich kepada Real Madrid dalam separuh akhir Liga Juara-Juara awal pagi tadi sepatutnya menjadi kemenangan.
Kimmich memberikan Bayern gol pendahuluan di Allianz Arena dan barisan pemain Jupp Heynckes itu melepaskan peluang untuk menggandakan kelebihan mereka sebelum Marcelo menyamakan kedudukan pada minit ke-44.
Tuan rumah kerap mengasak, namun kesilapan Rafinha yang gagal merantai pemain gantian, Marco Asensio, untuk menjaringkan gol ketika permainan berusia sejam secara tidak langsung menyerahkan kelebihan kepada juara Eropah itu menjelang aksi kedua di ibu kota Sepanyol nanti.
"Tiada siapa yang boleh merungut jika kami memenangi perlawanan ini 5-2," kata Sule, yang menggantikan Jerome Boateng dalam babak pertama selepas rakan senegaranya di Jerman itu mengalami kecederaan hamstring.
"Saya tidak pernah melihat Real Madrid lemah dalam perlawanan di Munich."
Ditanya apa yang difikirkannya tentang pandangan Sule, Kimmich menjawab: "Saya akan mengatakan keputusannya adalah 7-2."
Kimmich menyerlahkan aksi ampuh sambil menegaskan jaringannya itu adalah hasil daripada kerja rumah yang dilakukannya, bukannya sekadar nasib.
"Saya sedar bahawa (Keylor) Navas adalah penjaga gol yang suka membuat acahan dalam situasi ini," ujar pemain berusia 23 tahun tersebut.
"Saya memikirkannya lebih awal dan tahu apa yang perlu dilakukan dalam kedudukan seperti itu. Jadi, ya, saya memang berniat."