Skip to main content

Bola Sepak

Bayern hilang khidmat Ribery untuk bertemu Arsenal

ribery-a-champions-league-doubt-with-hamstring-injury.jpg
Franck Ribery kesuntukan masa untuk mengembalikan kecergasannya bagi memperkuatkan Bayern Munich dalam aksi peringkat 16 Liga Juara-Juara menentang Arsenal selepas diketepikan selama dua minggu akibat kecederaan pergelangan kaki. 

Bayern akan menghadapi Arsenal dalam pertemuan pertama di Allianz Arena, dua minggu lagi, selepas mengharungi aksi bertemu Schalke, Wolfsburg dan Ingolstadt dalam saingan Bundesliga.

Mereka mungkin terpaksa beraksi tanpa pemain sayap berusia 33 tahun itu selepas dia ditimpa kecederaan semasa berlatih semalam. 

Bayern menyebut: "Franck Ribery perlu menamatkan latihan pagi semalam lebih awal kerana ketegangan hamstring di kaki kanannya. 

"Dia mungkin tidak boleh diturunkan selama dua minggu akibat kecederaan itu."

Pun begitu, Bayern menerima perkhabaran baik apabila Arturo Vidal kembali menyertai latihan bersama rakan sepasukan susulan masalah rusuk sementara Arjen Robben berlatih sendirian, Isnin lalu. 

Turut sama berlatih berasingan adalah Kingsley Coman, Xabi Alonso dan Philipp Lahm menjelang pertemuan dengan Schalke, Sabtu ini.

Ribery telah tampil sebanyak 13 kali bersama peneraju Bundesliga itu untuk musim ini dengan menjaringkan dua gol. 

Advertisement

Must Watch Video