Bayern Munich gusar pemain tengah mereka, Arturo Vidal, berdepan kemungkinan terlepas pertemuan pusingan 16 Liga Juara-Juara dengan Arsenal di Allianz Arena, bulan depan.
Vidal masih bergelut dengan kecederaan rusuk yang menimpanya sejak perlawanan akhir Piala Telekom, 14 Januari lalu, ketika Bayern mengalahkan Mainz 2-1.
Dia turut dikeluarkan awal dalam separuh masa kedua Jumaat lalu ketika Bayern meraih kemenangan dengan keputusan yang sama ke atas Freiburg dalam aksi Bundesliga.
Pemain antarabangsa Chile berusia 29 itu berkata dia menjangkakan akan tersisih sekurang-kurangnya dua atau tiga minggu, dengan kelibatnya untuk berdepan pasukan kendalian Arsene Wenger pada 15 Februari masih samar-samar.
Begitupun, Bayern menerusi laman sesawang rasmi mereka mendakwa Vidal pasti akan kembali untuk perlawanan bertemu Schalke pada 4 Februari depan sementara peluangnya untuk berkunjung ke Werder Bremen minggu ini masih lagi terbuka.
Bekas pemain Juventus itu turun menjalani latihan semalam dan Bayern menerusi kenyataannya berkata: "Beban kerja Vidal akan dikurangkan dalam tempoh beberapa hari akan datang dan dia akan dipantau oleh kakitangan perubatan.
"Keputusan untuk dia kembali bersama pasukan akan dibuat secara harian."