Skip to main content

Bola Sepak

Bayern dalam kesukaran tapi berhak menang, kata Ancelotti

ancelotti-fancies-bayern-s-chances-against-arsenal.jpg
Carlo Ancelotti berasakan Bayern Munich layak untuk menewaskan Werder Bremen tetapi mengakui perlawanan itu adalah salah satu ujian paling sukar musim ini.

Bayern menewaskan Bremen 2-1 di Stadium Weser hasil jaringan Arjen Robben dan sepakan percuma David Alaba sebelum rehat, membuktikan kekukuhan penguasaan mereka walaupun dibolosi gol Max Kruse pada separuh masa kedua.

Juara itu memenangi tujuh perlawanan berturut-turut dalam Bundesliga dan mengekalkan perbezaan tiga mata di depan RB Leipzig, dengan Ancelotti jelas berpuas hati dengan kemenangan terbaru ini.

"Ia adalah sukar tetapi kami layak," katanya. "Kami ada masalah selepas Bremen menjaringkan gol.

"Bremen bermain dengan baik, terutama pada separuh kedua, tetapi selalu akan ada kesukaran pada pertengahan musim."

Sementara itu, Robben berasakan Bayern patut lebih dominan selepas mempunyai kelebihan dua gol, bukannya membenarkan tuan rumah yang bergelut, kembali menemui rentak permainan.

Dia menambah: "Jika mendahului 2-0, maka permainan harus berakhir."

"Bremen meletakkan kami di bawah tekanan pada separuh masa kedua, lebih bermain di hadapan, kemudian ia menjadi lebih mudah kepada mereka kerana lebih banyak ruang dicipta.

"Kami perlu bermain lebih baik dengan lebih banyak penguasaan. Jika kami melakukannya dengan baik, ia sebenarnya boleh 3-0 atau 4-0.

"Walaupun pada separuh pertama kami dibenarkan membuat banyak serangan balas, masih banyak yang perlu diperbaiki."

Bayern akan kembali beraksi menentang Schalke di Arena Allianz, Sabtu depan.

Advertisement

Must Watch Video