Skip to main content

Bola Sepak

Bayern bergelut di bawah kendalian Pep -- Lewandowski

lewandowski-bayern-struggled-physically-under-guardiola.jpg

Robert Lewandowski berpendapat Bayern Munich bergelut secara fizikal apabila memasuki pertengahan musim Bundesliga ketika dikendalikan Pep Guardiola, namun berharap senario itu akan berubah di bawah pimpinan Carlo Ancelotti.

Ketika di bawah kendalian Guardiola, Bayern mempamerkan dominasi dalam separuh pertama liga, namun mula bergelut sehingga ke penghujung kempen.

Senario itu menyebabkan Bayern terlepas peluang melakar kejayaan di pentas Liga Juara-Juara Eropah di bawah kendalian Guardiola, namun Lewandowski yakin perkara itu tidak akan berulang kali ini.

"Kami akan tampil lebih kuat memasuki separuh kedua musim ini. Kami akan beraksi lebih ampuh secara taktikal dan fizikal,"penyerang antarabangsa Poland itu memberitahu Bild.

"Sebelum ini, kami sering berdepan masalah dalam tempoh dua tahun sebelum ini, terutama daripada aspek fizikal."

Bayern ketika ini sedang menjalani kem latihan di Qatar sebagai persiapan menempuh tahun 2017 dan Lewandowski gembira dengan perkembangan setakat ini.

"Latihan kami sangat sempurna," jelasnya.

"Terdapat ramai pemain yang tidak mampu berlatih di tahap terbaik susulan cuti rehat Euro 2016.

"Tetapi kami sedang berlatih dengan giat ketika ini."

Advertisement

Must Watch Video