Skip to main content

Bola Sepak

Bayern bangkit raih kemenangan

bayern-munich.jpg
SEVILLA 1 BAYERN 2

Bayern Munich bangkit daripada ketinggalan untuk meraih kemenangan 2-1 ke atas Sevilla dalam aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi tadi.


Selepas gagal menggunakan kelebihan dua gol ketika seri dengan Barcelona, Sevilla gagal menggunakan momentum di atas jaringan pertama yang dihasilkan ketika berdepan gergasi Bundesliga itu, sekali gus
terpaksa akur dengan kekalahan pertama di laman sendiri bagi saingan UCL musim ini.

Pablo Sarabia tenang menyempurnakan hantaran Sergio Escudero bagi meletakkan mereka di depan pada minit ke-32 untuk mencetus harapan buat Vincenzo Montella melakar satu lagi kejutan selepas
menyingkirkan Manchester United dalam pusingan terdahulu.

Bagaimanapun, Jesus Navas yang cuba menghalang hantaran Franck Ribery menghukum mereka apabila bola masuk ke gawang sendiri.

Gol kemenangan pasukan pelawat sekali lagi hadir menerusi jaringan sendiri Escudero tetapi Thiago Alcantara dinamakan sebagai pencetak jaringan selepas menanduk masuk hantaran Ribery.

Kemenangan ini menyaksikan Jupp Heynckes menjadi pengendali pertama untuk meraih 12 kemenangan berturut-turut dalam saingan UCL.

Advertisement

Must Watch Video