BORUSSIA DORTMUND 3 COLOGNE 2
Michy Batshuayi berkata dia memiliki penampilan pertama "impian" bersama Borussia Dortmund selepas menjaringkan dua gol dalam kemenangan 3-2 ke atas Cologne dalam Bundesliga di Stadium Mungersdorfer, awal hari ini.
Pemain berusia 24 tahun itu tiba sebagai pengganti Pierre-Emerick Aubameyang berikutan perpindahan pemain antarabangsa Gabon itu ke Arsenal.
Batshuayi yang dibenarkan meninggalkan Chelsea secara pinjaman, gagal meyakinkan Antonio Conte mengenai kesesuaiannya terhadap sistem kelab itu sejak satu setengah tahun lalu.
Tetapi pemain Belgium itu membuktikan sesuatu yang penting kepada Chelsea dan pengurus, Conte, dengan menjaringkan dua gol dalam prestasi cemerlangnya.
Bekas tonggak Chelsea, Andre Schurrle, menyelamatkan tiga mata Dortmund dalam pertemuan mendebarkan, dengan pemain antarabangsa Jerman itu menjaringkan gol enam minit sebelum tamat untuk memberikan kemenangan kepada jurulatih, Peter Stoger.
Batshuayi menyuarakan rasa gembira selepas perlawanan itu, dengan berkongsi pendapatnya di dalam Twitter.
Dia menulis: "90 minit, dua gol, satu bantuan gol & kemenangan hebat. Penampilan pertama impian dengan BVB #BatsManBack."