Fabien Barthez percaya Paris Saint-Germain (PSG) tidak menghormati Manchester United ketika gergasi Perancis itu disingkirkan daripada Liga Juara-Juara Eropah semalam.
PSG tersingkir selepas tewas 1-3 kepada United dalam perlawanan kedua pusingan 16 di Paris.
Marcus Rashford menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-94 untuk United menterbalikkan kemenangan 2-0 PSG di Old Trafford bagi melayakkan diri ke suku akhir ekoran peraturan gol di laman lawan.
Bekas penjaga gol United, Barthez, yang memenangi dua kejuaraan Liga Perdana Inggeris pada 2001 dan 2003, mengkritik PSG selepas tamat perlawanan.
"Kurang hormat," katanya kepada Le Parisien.
"Saya berasakan ia merupakan nilai utama buat setiap atlet dan pasukan (untuk menghormati pihak lawan).
"Ia perlu dalam setiap situasi untuk menghormati musuh.
"Berdasarkan kemahiran, Paris merupakan pasukan yang lebih baik.
"Mereka membuktikannya ketika menewaskan pasukan England itu dalam perlawanan pertama yang lebih baik berbanding malam ini.
"Paris kekurangan konsentrasi.
"Pemain mereka tidak berada dalam perlawanan ini.
"Apa yang menjadi pemisah dalam perlawanan seperti ini adalah pasukan yang tidak melakukan kesilapan.
"Ia tidak semestinya mengenai pasukan yang memiliki pemain terbaik," katanya.
Penyingkiran itu merupakan yang ketiga berturut-turut buat PSG dalam pusingan 16.
Ditanya sama ada PSG tidak belajar daripada edisi 2017 ketika mereka melepaskan kelebihan 4-0 dalam perlawanan pertama untuk kecundang 6-1 kepada Barcelona dalam perlawanan kedua, bekas pemain kebangsaan Perancis, Barthez -- yang enggan menyalahkan ketua jurulatih, Thomas Tuchel -- berkata: "Mereka tersekat dengan tradisi yang sama.
"Paris tidak belajar daripada kesilapan mereka.
"Waktu ini kita dapat lihat tentang sejarah dan pendidikan kelab ini.
"Mereka sepatutnya memenangi perlawanan ini berdasarkan nilai itu.
"Paris kekurangan sikap rendah diri," katanya.