Pendahulu Liga Perdana, Terengganu, akan menurunkan kesebelasan terbaiknya bagi mencari kemenangan mutlak bertemu Negeri Sembilan di Kuala Terengganu, malam ini.
Sentuhan pemusnah penyerang import, Kipre Tchetche, terus menjadi sandaran selain kembalinya ketua pasukan, Abdul Latiff Suhaimi, Shahrin Sapien dan Ismail Faruqi Ashari juga memberi lebih pilihan di barisan tengah.
Masih segar dengan kejayaan mengatasi Kuala Lumpur, Jumaat lalu, pengendalinya, Irfan Bakti Abu Salim, menggesa pasukannya mengekalkan momentum kemenangan di depan penyokong sendiri.
Katanya, rentak permainan terbaik perlu ditampilkan mereka untuk mendapatkan kemenangan, sekaligus melebarkan kedudukan di persada liga.
“Hanya tiga mata menjarakkan empat pasukan teratas. Jadi, saya berharap pemain-pemain beraksi dengan berdisiplin kerana Negeri Sembilan juga dalam prestasi terbaik di tangga kedua.
“Ini adalah perlawanan terakhir di gelanggang sendiri dan tiga mata sangat diperlukan,” ujarnya lagi.
Berbaki lima perlawanan, Terengganu menerajui liga dengan 37 mata dan diekori rapat Negeri Sembilan yang mengumpul 36 mata.
Kuala Lumpur memungut 35 mata di kedudukan ketiga manakala Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) di tangga keempat dengan 34 mata.