Skip to main content

Bola Sepak

Barcelona perlukan pengurus seperti Valverde -- Guardiola

ernesto-valverde-050717.jpg
Pep Guardiola percaya Ernesto Valverde merupakan calon paling sesuai untuk mengurus Barcelona bagi melonjakkan kelab itu mendominasi LaLiga. 

Barca menamatkan saingan musim lalu di belakang Real Madrid selain terkandas dalam suku akhir Liga Juara-Juara Eropah buat kali kedua berturut-turut. 

Gergasi Catalan itu memenangi liga sebanyak enam kali sepanjang tempoh lapan tahun dan tiga daripadanya di bawah asuhan Guardiola, termasuk dua gelaran Eropah. 

Valverde, yang merupakan bekas rakan sepasukan pengurus Manchester City itu dijangka akan membawa kejayaan yang sama untuk kelab itu dan Guardiola yakin mereka sangat secocok. 

"Barcelona memerlukan pengendali seperti Ernesto," katanya kepada L'Esportiu mengenai bos Athletic Bilbao itu. 

"Skuad seperti ini yang memenangi semua gelaran memerlukan seseorang sepertinya. 

"Anda memerlukan seseorang yang memahami kelab dan Ernesto adalah orangnya. Sebagai jurulatih, dia juga berpengalaman luas. 

"Dia akan memainkan peranan dengan baik, seperti mana saya tahu mengenai Luis Enrique."

Barcelona mempunyai barisan terbaik dunia dan Guardiola juga masih mengagumi Lionel Messi.

"Dia merupakan pemain terbaik pernah saya saksikan. 

"Apa yang menarik mengenainya bukanlah apa yang dilakukannya tetapi bagaimana mudahnya dia menjadikan sesuatu itu menarik.

"Dia bukan hanya seorang pemain terbaik kerana menggelecek empat pemain lawan tetapi apa yang dilakukannya adalah lebih baik berbanding orang lain di dunia ini."



 

Advertisement

Must Watch Video